Jumaat, 14 Mac 2008

♥♥♥...FakTa CInTa...♥♥♥

1· Cinta adalah sebuah perasaan untuk menyayangi. Jika kamu menghulurkan cinta, yakinlah bahawa ada rasa sayang yang menjadi dasar untuk menguji sedalam mana cinta itu.

2· Cinta memang senang pudar andai tidak bijak membajainya. Saat akmu ditinggalkan cinta, jangan menyalahkan diri kerana sudah menjadi ketentuan.Cinta sering mengundang air mata gembira ataupun duka. Air mata yang mengalir untuk lakonan menyembunyikan sifat hipokrit di sebalik kepalsuan cinta.

3· Cinta banyak memberikan pengalaman suka dan duka. Setiap pengalaman itu ada pengajarannya.

4· Cinta tidak semestinya diputaran teratas tetapi akan berada di bawah bila tiba masanya. Jika di bawah, jangan berputus asa berusahalah untuk menaikkannya semula.

5· Cinta bukan saja bergantung pada emosi dan kata hati. Cinta juga memnerlukan pemikiran yang rasional dan positif.

6· Jangan mendustai cinta kerana sebuah kesucian tidak wajar dikotori. Cinta yang suci merupakan cinta yang terakhir wujud di hati kita.

7· Cinta sering menguji kekuatan hati dan emosi. Jika kamu mengharungi dunia cinta tanpa mengenali erti keperitan itu bukanlah cabaran cinta yang sebenarnya.

Tiada ulasan: