Jumaat, 14 Mac 2008

♥♥♥...TanDa LeLak| JaTuH C|nTa...♥♥♥

♥ Dia bersungguh2 melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

♥ Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

♥ Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

♥ Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2.

♥ Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

♥ Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

♥ Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

♥ Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

♥ Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih daripada orang lain.

♥ Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

♥ Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

♥ Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

♥ Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

♥ Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

♥ Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

♥ Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

♥ Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

♥ Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

♥ Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dnegan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

♥ Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

♥ Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

♥ Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

♥ Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

2 ulasan: