Selasa, 15 Mei 2012

♥♥♥...Petua Agar Rumahtangga Anda Boleh Tahan Lama...♥♥♥

PERINGATAN: ...petua ni aku dapat daripada seseorang yang aku tidak kenal melalui WhatsApp...ermm agak menarik juga petua ni...so, aku copy+share kat sini...

^__^


1. Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duan, beriadah dan mandi bersama.

2. Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.

3. Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumahtangga.

4. Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.

5. Sekiranya ada masalah bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.

6. Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan;cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur dalam rumah tangga.

7. Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.

8. Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.

9. Pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga. Ini untuk merapatkan hubungan dan kemesraaan.



Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

Tiada ulasan: