Selasa, 19 Jun 2012

♥♥♥...cara penjagaan KULIT MUKA...♥♥♥




1. Minum air kosong sebanyak 8 - 10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit. Kalau nak minum lebih daripada 10 gelas sehari pun boleh.

2. Sebelum tidur, basuh muka anda dengan air bersih. Kotoran dan bakteria yang tak dibersihkan tu boleh menyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.

3. Jangan lupa juga cuci muka anda sebelum beriadah ataupun bersenam. Kalau berpeluh nanti, ia akan mengurangkan jumlah kotoran serta bakteria yang terkumpul.

4. Amalkan 3 langkah penjagaan kulit muka. Pertamanya, cuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci yang berasaskan glycerin. Lepas cuci muka, gunakan penyegar (toner) dan disusuli dengan pelembap.

5. Pastikan anda melindungi kulit daripada sinaran matahari sebaik mungkin. Gunakan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit terbakar dan masalah kedutan.

6. Akhir sekali, jika anda mengalami masalah kulit yang serius, berjumpalah dengan pakar kulit atau dermatologis. Dapatkan khidmat nasihat tentang apa yang patut anda buat.


sumber : petua sejagat


Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!

9 ulasan:

CikMai berkata...

muke mai masalah minyak je..huhu

♥ ...mummy SHAKIRA...♥ berkata...

sma laa tpi mmy lagi teruk...skrg bkn jee beminyak siap sang jerawat lepak kat muka...rimas rasanya...bab tu cari tips2 ni...hehe

LYAfrina berkata...

lya late ni byk masalah kulit muka..mgkin sbb cuaca..atau lain2 faktor xtau la..

bgus petua ni.. tp nk ikut tu la..smuanya ssh..walupon y simple

miss fluffy berkata...

byk tips utk kulit muka..mslh sy 1 je..ssh nk disiplin diri nk amalkan tips2 nih..haishh..hehe

LiLy @ MumMyQiStInA berkata...

Thx for sharing...
penjagaan kulit muka mmg penting..lagi2 bila usia semakin meningkatkan..
skrg ni lily guna set tia amelia..alhamdulillah mmg sesuai dgn lily..

jaakechik berkata...

thank share info ni.. hehehe

Mk Syahir berkata...

anda dah di blog listed =)

♥ ...mummy SHAKIRA...♥ berkata...

LYA & miss fluffy : yee betul tu...tips belambak...tpi ntah susah nak disiplinkan dri utk amal tips2 mcm ni...hihi

jaakechick : sharing is caring kan...hehehe

MK Syahir : yeah...tenks yo. :)

♥ ...mummy SHAKIRA...♥ berkata...

sis lily,sory ek baru nmpk komen sis bab masuk dlm spam...bestnyee,memang payah nak cari penjagaan kulit yg sesuai kan.